15 April 2010

Sabar dalam memahami sesuatu..

Assalamualaikum..
Benarlah kata orang, untuk memahami sesuatu ia menuntut kesabaran yang tinggi, komitmen tak berbelah bahagi dan kesungguhan. Untuk mendapatkan apa yg kita inginkan, mahu tak mahu kita kena berkorban..berkorban dari segi masa, tumpuan perhatian dan sudah tentu rasa penat dan letih akan wujud di antaranya..sabar...itu sahajalah yg mampu mengubat hati kita..
Saya pernah dan baru sahaja melaluinya..apabila minda dah fokus nak buat sesuatu tu, walaupun susah...hanya mental yg kuat sahaja penawar utk terus kita istiqamah melakukan apa yg kita nak tu. Tak dapat tidaklah..mesti kita akan kata 'susahnya lah benda ni'! Kalau ikut hati letih la nak belajar memahami suatu yg baru. Tapi, mesti ingat..kena ikut fikiran..Terimalah kenyataan......it demands sacrifice to learn something new..contoh mudah ja..katakanlah, kita tak pernah teringin nak ambil tahu mgn sesuatu perkara, tiba-tiba dtg satu desakan yg memaksa diri kita utk memahami perkara itu! Maka di sinilah timbulnya 'terpaksa' itu..
Saya selalu mengabaikan sesuatu perkara/ilmu yg sepatutnya sy ambil tahu..akibatnya, tertinggallah sy terkapai-kapai sorang-sorang..dahla persekitaran kerja itu sdr menuntut utk sy ambil tahu hampir semua benda..kalau nak layan malas tu, alamat ketinggalanlah saya.. :(
Untuk membentuk minda yg betul-betul fokus kepada sesuatu perkara yg amat penting, susah......................nak mulakannya lagi susah..................tapi, kalau kita kalah dengan 'susah' itu........alamatnya juga kita akan sentiasa berada di takuk lama. Dah la dlm hati ada cita-cita nak dpt kerja best lah, nak naik pangkat lah, tapi!!! LOOK AT YOURSELF!!! Kalau nak dibandingkan dgn org lain, entah ke awak jauh ketinggalan..jadi, nak tak nak..sy mesti usaha utk duduk sama rendah berdiri sm tinggi macam org lain. But, the only way to achieve what u want is to 'bye bye' away all the lazy behaviour. Percayalah...permulaan sst perkara baru sgt susah, namun setelah kita dah mula memahaminya sedikit demi sedikit...pasti matlamat akan tercapai!
Saya menulis ini pun di kala hati mula letih, letih nak perah otak utk memahami perkara baru, tetapi...............sy sgt yakin, apabila sy dah mula fahaminya, maka sudah pasti saya telah bergerak 100 langkah ke depan melepasi org lain. Dan utk terus survive dalam dunia kini, mahu tak mahu sy mesti memastikan diri saya sentiasa kuat semangat, kental jiwa, tidak mudah mengalah, tidak menurut perasaan-perasaan negatif yg ingin singgah dalam fikiran saya!
Islam menuntut umatnya sentiasa menggunakan sepenuhnya otak kurniaan Allah, jadi kalau saya terus layan kemalasan saya, maknanya terdapat kelompangan di situ. Saya ingin menjadi pemikir dan pencetus kata-kata yang bermanfaat seperti yg saya selalu dengar daripd Tun M, Prof Ungku Aziz, ahli akademik lain, penulis2..dan sesiapa shj yg saya kira ilmu pengetahuan mereka amat jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhh melepasi saya. Sebab tu, sy nak pastikan saya pun akan dapat mencapai apa yg mereka capai. Sudah pasti mereka dulu pun bersusah payah utk mendapat apa yg mereka peroleh skrg. Saya juga tak mahu ketinggalan..
Allah akan balas atas apa yg awak usahakan. Semua benda perlu diusahakan..nak makan pun kena usaha..
Ya Allah...Ampunilah hambamu yg lemah ini Ya Allah..kuatkanlah hatiku utk menghadapi apa jua cubaan yg Kau takdirkan untukku...Sesungguhnya hambaMu ini amat lemah Ya Allah..Jadikan diriku ini seorang yg sentiasa diberi taufik dan hidayah olehMu..janganlah tinggalkan hambaMu ini Ya Allah...Bernaskanlah percakapanku, kuatkanlah daya ingatan ku, lancarkanlah lidahku, tajamkanlah pemikiran ku..Ya Allah..(doa yg saya sering lafazkan di kala sy sedang berhadapan dengan perasaan yg sgt menguji kekuatan dalaman sy baru-baru ini..) Alhamdulillah, sy dapat melangkah dengan tenang dan sy rasa kekuatan mental yg kuat semasa sy berhadapan dengan ujian itu.. Alhamdulillah...Saya dapat merasakan Allah sentiasa membantu saya...Allah Maha Pengasih terhadap hambaNya ini..Tidakkan ku berputus asa dr rahmatMu Ya Allah...

13 April 2010

BE A STRONG WOMAN

Assalamualaikum..


Saya terfikir betapa mencabar sebenarnya menjadi seorang karier woman. Dengan banyak tanggungjawab yang nak diselesaikan, boleh buat sesiapa yg tak kuat semangat - tumbang. Tetapi, itulah reality.. tambah2 la kalau ada anak kecil. Tp, itulah kelebihan wanita. Saya selalu berpegang kepada, wanita mampu melaksanakan bayk tugas dlm satu masa (multitasks)..tapi, lelaki mesti tak mampu punyalah..pastu lak kerja nampak ja senang...tp, aduh...dengan nak basuh kain, kutip kain, sidai kain, lipat kain..dah 4 dah tu! Sambil2 tu nak tengok anak kecik pulak...nak masak lagi..tak ka itu sgt.................memenatkan..kdg2 rasa nak rest dr buat semua ni. tambah2 la kalau yg bekerja mcm sy ni.. kdg2 malam br balik..keja lak tak menentu..sehari 2 ja dok ofis, hari2 lain..luar dari Daerah..penat tak boleh nak ckp la..

Sebenarnya, apb seorg wanita menjadi seorg ketua, dia terpaksa melengkapkan diri dia utk berada dalam satu komuniti yg dikuasai lelaki..bygkan..dalam meeting2 yg sy hadiri sekian banyak, dalam 25-30 ahli, hy 2,3 org sahaja wanita. Awal2 kerja dulu memang la terkejut dgn keadaan ni..ambil masa nak build the confident..tp, Alhamdulillah..lama2 dah boleh menyesuaikan diri. Apb awak lama di bidang ini, maka, pengalaman itulah yg sgt mahal.

Mahu tak mahu, apabila seorg wanita tu dah letak niat dia utk menjadi seorg ketua/pegawai..this is what u have to face. Nak menyesuaikan diri dengan sekeliling dan suasana kerja tu. Sekrg ni bila diperhatikan, ramai sgt graduan2 yg nak memohon utk jd pegawai..okeyla, itu sst yg sgt baik. Tambah pula, Kerajaan sbnrnya mensasarkan sebayk 30% pegawai2 tinggi/pembuat dasar Kerajaan. Tetapi..........utk mencari seorg pegawai wanita yg berkualiti sgtlah susah!!

Saya tidak merujuk diri sy sebg berkualiti, cuma, sy sentiasalah berusaha utk membaiki kelemahan saya dr masa ke semasa. Tp, apa yg sy tulis di sini adalah amat benar.. mudah saja nak lihat, mungkin di Kelantan ni..tambah2 bekerja di Daerah mcm saya ni, agak susah nak jumpa pegawai wanita. Tp, kalau ke Putrajaya misalnya, ramai.....apa yg sy selalu lihat, kadg2, para pegawai muda (yg baru bekerja), mcm tidak pandai berkomunikasi dgn org lain. Banyak yg suka tunjuk 'eksyen'...maklumla, pegawai kan..tp, sebenarnya kita kena selalu ingat. Tidak selamanya kita kerja di Putrajaya, satu masa mungkin dihantar ke daerah2 yg jauh dr bandar..Dah tentu perangai macm tu hanya akn buat org tik minat nak bercakap dgn kita.

Sepatutnya, setiap org..especially pegawai baru, janganlah...jangan berlagak. Kita kena sedar apabila kita berkhidmat di Perkhidmatan Awam, kita akan byk berurusan dengan org ramai. Org tak pandang pun pangkat kita, org pandg budi bahasa kita. Personaliti kita..

Saya dulu mula bekerja dengan ZERO. Saya tak tahu apa pun...mengenai kerja. Pulak tu kena di JPM, i feel totally lost. Masa tu, rasa takut, rasa tak yakin dan mcm2 perasaan dlm kepala ni. Saya ambil masa juga nak sesuaikan diri. Tapi, kunci untuk sy sampai ke tahap ini, sy suka bertanya dgn org. Tanya pengalaman org, dengan org yg dah lama kerja, wpun dia merupakan staf saya. Tapi, melalui mereka ni lah, yg membentuk tahap keyakinan dlm diri sy skrg. Hubungan baik antara satu sama lain..dan tiada perkataan 'nak tunjuk berlagak' atau 'nak tunjuk yg aku ni pegawai'..tak ada..sebab tu sy boleh bercakap dgn siapa sahaja..dan sikap ni amat membantu perjalanan kerja seharian saya.

Sebab tu lah...sy nak sangat ingatkan lah..walau setinggi mana pangkat kita, kalau org dah 'cop' kita dengan gelaran yg tak baik, maka...sgt kesianlah.. Kalau awak kerja kat tpt hebat2, kalau hubungan dengan manusia tak dijaga..percayalah...kita takkan ke mana. Rugi lagi ada..

Jadi, utk sesiapa yg rasa nak menjadi seorg pegawai..(sebab terlalu ramai yg memohon Jawatan Pegawai ni, terutamanya PTD). PTD seglamour namanya, sehebat itulah dugaan dan cabarannya. Sebagai PTD, awak mesti complete dengan semua ciri2 yg wajib. Sesuai dengan nama jawatan, kalau asyik nampak 'debek' ja..tak boleh!

Lepas tu pulak, kalau nak jadi pegawai, kena ada jiwa yg kental, semangat yg kuat, berani, tak boleh manja2..ni bos suruh sikit, dah mula nak mengelak atau bg banyak alasan. Jangan cuba tunjuk perangai macam tu, bos selalu tengok perangai dan performance kita. Kalau buat juga, menangis ja la...bila tgk Markah Prestasi yg rendah.. :(

Kot2 mana pun, wanita mesti kuat semangat. Jangan terlalu ikut kata hati. Maksud saya, kalau hati cakap tak boleh la, tak yakin la, tak mampu la..cepat2 la fikiran kena cover. Saya selalu pesan pada anak sy yg sulung tu, umur 7 tahun baru..'kakak, kakak jgn ikut perasaan, tap kena ikut fikiran'. Jadi anak sy bila dia buat perangai, sy akan selalu ingtkan dia.

Cuma sy betul2 nak pesanla...sbg pekerja tak kira pangkat apa pun kita, jgn selalu kita tunjuk bhw..aku lah org yg paling banyak kerja! Jangan...kalau kita pangkat rendah, jangan lak kita kata kat bos kita, ' dia takpalah..dia pgkt besar, relax ja, kita ni yg teruk buat kerja'. Mmg la x dinafikan ada yg mcm tu, tapi, kita ty balik kat diri kita..kita dok kata2 kat bos tu, adakah kita mampu utk buat kerja dia? Jadik bos ni, kena banyak berfikir...tau kan, kalau kita byk fikir, sebenarnya kita akan lebih letih drp org yg berkebun/kerja keras tu..percayalah, walaupun nampak dia dok dlm bilik khas, ada air cond, ada semua..tp, sesuai lah dengan beban kerja dia tu. Saya taklah kata sy teruk memikir.. :), tapi, nak tahu teruk tak teruk kerja..sy pernah dan selalu, hari ni Jeli, esok Tanah Merah, lusa Pasir Mas, lusa lagi KB, pastu Tanah Merak pulak..tau kan jauhnya satu2 tempat tu; yg lebih hebat..awak drive sendiri!! tu tak kira yg kena masuk kampung dlm2 tu. Tuntutan kerja, awak kena pergi..Mesyuarat Putrajaya, jabatan2 dan macm2 lah! nak tulis boring lak baca kan.

Kalau kita kerja setakat mari pukul 8, pukul 5 dah boleh balik..pastu, dok ofis ja, aircond menderu2..sewajarnyalah...kita terima dan bersyukurlah..tak teruk macm kerja org lain. Org lain berpeluh, berhujan pulak tu masa byk habis di jalan raya..sama ke dgn kerja kita skrg ni?

Tapi, tu lah..kalau org tahu, dia akan kata...'tu lah..nak jadik pegawai sgt'.. hmmm...tak apalah..terima lah keadaan tu. Alhamdulillah, sikit atau banyak, rezeki Allah yg bagi. Tapi, saya tahu, mesti la....ramai yg nak jadik pegawai, betul tak? Jangan tipu lah, dalam hati, itu yg kita nak kan..tak apa lah, Allah dah kata kan..Dia akan beri mengikut apa yg kita usahakan. Kalau usaha sikit2, maka sikitlah. Cuma, mungkin kadang2 masa itu masih belum sampai..bykkan berdoa..memg Allah dan sebut, Dia amat suka mendengar hamba-hambaNya berdoa. Sebab tu ada bezanya, kalau org kafir, Allah perkenankan permintaannya cepat, sebb Allah tak suka dengar permintaan mereka. Sebaliknya, kalau org Islam, org beriman..Allah rindu nak dengar doa kita. Sebab itu kita selalu tgk, kita lama dah berdoa, tp, masih belum dimakbulkan Allah. Mesti ada sebabnya..pastu pulak, kita kena la berusaha sama seiring dgn doa tu, barulah InsyaAllah akan dimakbulkan Allah. Be positive..

Jadi, sy nak pesan lah..terutamanya utk wanita, jika di ofis, jalinlah hubungan yg baik, yg org cakap sesuai dengan kedudukan kita yg telah diberi kepercayaan utk bekerja dgn jwtn itu. Jangan sakitkan hati org, hormat ketua kita, jangan bersikap nak tunjuk lagak..ketua ni sebenarnya, dia ok. Cuma cara kita yg membuatkan ketua mungkin nampak tidak berapa nak mesra dgn kita..pendek kata, jangan tunjuk malas dan selalu bersikap merendah diri; merendah diri tetapi maruah diri wajib dijaga. Perlakuan kita melambangkan tahap pemikiran kita. :)

12 April 2010

I WANT TO SHARE MY LOVELY COLLECTION..

A.kum..sy sebenarnya sgt sygkan collection cd/dvd/boxset sy ni, ttp..rasanya lebih elok jika saya jualkan..koleksi smkn bertambah..kalau jual boleh jugak pitih samah seriyal...:). Tak apalah...
Kalau ada sesiapa yg rasa minat tu, bleh g jenguk2 small shop sy di http://bestselection.lot.my/.. Semua yg ada di situ, semuanya original yg sy telah bli dengan harga lebih ratusan ringgit la..hati dah minat..apa pun jadik.
Cuma kat sini sy nak bgtau skit la betapa sy suka lyn cerita korea.. sebabnya: 1. Rasa hepi ja bila tgk...2. Aktor/aktres dia belakon nampak real abis..pastu smart2 plak tu...:).. yg lebih penting dia x berlakon cam artis kat m'sia ni...cerita local, terus terang la..sy tak layan..sy x minat.
3. Lagu2 dia pun...mmg sedap sgt..their music is totally different from ours! sedap telinga dengarnya...
cuma, la ni x dan nak layan mana sgt cerita2, sebbnya.....life 2, 3 days ni too busy..pasni2 nak tgk balik...ada beli br ni, 4 cd sekaligus, 2 bulan lebih dah, tak bwk keluar plastik supermarket pun lagi........................... he he..

Tapi, sbnrnya on top of all...sy enjoy watching smua ni sebb it's a way for me to put aside all the tense yg ada kat diri ni..penat awakkkkk....keja..... :P

Takda ka sapa2 yg minat cam saya ni?? kot2 la...ada geng....

1st time..

My blog akan diisi dgn something yg sy sgt suka..n hope org lain pun suka jugak...

SALAM PERKENALAN....

ASSALAMUALAIKUM..
Skrg baru sy timbul keinginan utk sama-sama join blog ini..belum tahu apa yg akan ditulis atau dipostkan di sini..tp, InsyaAllah segala yg memberi manfaat shj yg akan dikongsi. Jika ada membacanya..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya pemikiran yang Allah kurniakan dpt dikongsi dan disebarkan secara bersama...